NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Shin Associates, satu firma guaman dengan alamat perniagaannya di Suite B-11-6, Level 11, Wisma Pantai, Plaza Pantai, No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia termasuk pihak-pihak berkaitan, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, pengganti, penerima serah hak, dan pemegang lesen (secara kolektif dirujuk sebagai “SA”) adalah komited dalam menggunakan dan melindungi privasi Data Peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“). Oleh yang demikian, Notis ini dirumuskan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada anda amalan SA dalam Pemprosesan Data Peribadi anda dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang berlainan yang telah ditetapkan oleh SA dari semasa ke semasa, dan perjanjian-perjanjian berlainan yang anda mungkin anda telah meterai dengan SA (jika ada).
Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. SA berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di https://www.shinassociates.com.my (“Laman Web”) SA. Dengan berterusan berkomunikasi dengan SA atau dengan berterusan mengguna khidmat SA atau menggunakan perkhidmatan SA atau dengan pemberian berterusan Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili , surat, atau selainnya) berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Bagi tujuan Notis Ini:
“Data Peribadi” bermaksud semua maklumat dan penyataan pendapat yang secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat atau penyataan pendapat itu, termasuk tetapi tanpa had, maklumat dan penyataan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa, dan/atau mengenai prosiding jenayah atau sivil. Contoh Data Peribadi yang akan diproses oleh SA termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telepon, nombor KP/Paspot, alamat e-mel, butir-butir pekerjaan, pilihan persendirian, alamat protokol internet, butir-butir sosial media, pilihan kandungan, butir-butir akaun bank, gambar-gambar dan imej-imej, rakaman-rakaman, butir-butir keselamatan yang diperolehi daripada lawatan atau kehadiran ke premis SA seperti rakaman televisyen litar tertutup (“CCTV“), butir-butir lawatan yang diperolehi untuk/dari lawatan atau kehadiran ke premis SA seperti waktu lawatan, masa daftar-masuk dan daftar-keluar, butir-butir yang diperolehi daripada permohonan, dan/atau cadangan peruntukan barangan dan/atau perkhidmatan anda kepada SA dan/atau premis-premis SA (“Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan”), butir-butir elektronik dan/atau ‘online’ yang diperolehi dari lawatan atau layaran Laman Web atau halaman SA yang berada di laman sosial media seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn (“Halaman”) dan/atau daripada penggunaan sebarang platform perkongsian data/fail/informasi elektronik ‘online’ dan/atau ‘offline’ (termasuk sebarang perisian dan/atau aplikasi mudah alih atau berasaskan web) berkenaan atau berkaitan dengan (i) SA; dan/atau (ii) sebarang pihak ketiga berkenaan atau berkaitan dengan atau diguna khidmat oleh SA (“Platform Perkongsian”) seperti maklumat login, maklumat media sosial, pilihan kandungan, ‘cookies’, dan alamat protokol internet, dan lain-lain, butir-butir yang diperolehi dari pemohonan untuk pekerjaan anda dengan SA, butir-butir yang diperolehi dari urusan yang dicadangkan dan/atau berterusan dengan SA sebagai kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan atau sebagai Kakitangan SA, butir-butir kakitangan anda dan/atau kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan yang berurus dengan anda yang berkaitan dengan Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan, dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau mungkin akan diambil, disimpan, diguna dan Diproses oleh SA atau Kakitangan, pihak berkepentingan, pihak-pihak berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat-syarikat berkaitan, ejen-ejen, kontraktor bebas, dan pihak ketiga yang SA mungkin berkaitan dari masa ke semasa, dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang berlainan yang boleh mengenal pasti anda berdasarkan apa yang anda telah berikan kepada SA dan/atau adalah bersampingan kepada Data Peribadi tersebut.
“Proses“, “Diproses“, “Memproses” atau “Pemprosesan“ bermaksud pengumpulan, penggunaan, rakaman, penyimpanan, pengekalan, penzahiran, dan pengendalian atau set pengendalian yang berlainan yang telah dihuraikan dalam PDPA.
“Kakitangan” bermaksud orang yang bekerja untuk SA, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan tanpa mengira lokasi bekerja dan jenis kontrak, termasuk tetapi tidak terhad kepada pekerja, pekerja bebas, pegawai, pekerja kasual atau sementara.
Persetujuan/Keizinan/Kebenaran
Dengan menggunakan khidmat SA atau dengan berinteraksi dengan SA sama ada di tempat perniagaan kami, acara-acara kami atau selainnya, atau menggunakan Laman Web SA dan/atau dengan menggunakan Halaman kami, anda bersetuju/memberi keizinan/memberi kebenaran kepada Pemprosesan Data Peribadi anda oleh SA, Kakitangan SA dan segala orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh SA.
Sebarang keizinan dan kebenaran yang diberi kepada SA, sama ada diwakili atau tidak, tidak menggantikan sebarang persetujuan dan kebenaran lain yang telah diberikan kepada SA (jika ada), jika tidak ia hendaklah berkuat kuasa pada tarikh lawatan atau kehadiran ke premis SA atau pada tarikh anda telah memberikan Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili, surat, menandatangani buku/borang pengunjung atau tetamu, memasukkan maklumat ke dalam sistem pengurusan pelawat, penyertaan sebagai vendor kepada SA, yang mana berkenaan), dan adalah sebagai tambahan kepada hak-hak SA dibawah undang-undang berkenaan Pemprosesan Data Peribadi yang telah anda berikan.
Pengumpulan Data Peribadi
Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada SA secara langsung (iaitu, semasa anda berkomunikasi dan berhubungan dengan SA, atau apabila anda memesan SA untuk menyediakan perkhidmatan dan selainnya), SA mungkin juga mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Kami menggunakan “cookies” di Laman Web untuk menjejak jumlah kunjungan dan pengalaman. Kebanyakan pelayar web telah direka untuk menerima “cookies”. “Cookies” adalah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang anda telah bekalkan seperti pilihan keutamaan bahasa dan rantau yang akan membantu meningkatkan pengalaman dan navigasi anda di dalam Laman Web dan dapat membolehkan semua ciri (contohnya, ciri-ciri seperti, tetapi tidak terhad kepada, video flash dan pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau) di Laman Web untuk fungsi sepenuhnya. Jika anda tidak mahu menerima sebarang “cookies”, anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menolaknya.
Pemberian Data Peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, di mana penting, atau menolak “cookies”, SA mungkin tidak dapat: (i) berkomunikasi dengan anda; (ii) menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda mungkin memerlukan; atau (iii) menyediakan akses kepada bahagian-bahagian Laman Web yang tertentu; (iv) membolehkan semua ciri di Laman Web, Halaman, Platform Perkongsian dan Platform Komunikasi untuk berfungsi sepenuhnya (sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, membolehkan video flash dimainkan, memastikan anda tidak perlu memasuki pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau setiap kali anda melawati atau melayari Laman Web; (v) membolehkan lawatan dan kemasukan ke premis-premis SA; (vi) Memproses penyertaan anda dalam cadangan dan/atau Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan berterusan; (vii) Memproses permohonan anda untuk perkerjaan dengan SA; atau (viii) Memproses cadangan anda dan/atau urusan berterusan dengan SA sebagai kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan atau selainnya sebagai sebahagain daripada Kakitangan SA.
Apabila anda melawati Laman Web, SA mungkin akan merekod maklumat tertentu yang berkaitan dengan lawatan anda seperti yang berikut:
Terdapat pelbagai halaman dalam Laman Web SA yang mungkin akan menjemput anda untuk memberi SA nama dan butiran hubungan anda.
SA juga mengumpul maklumat daripada orang yang menggunakan Laman Web SA, untuk menghantar berita, maklumat tentang aktiviti SA dan kemas kini dalam bidang undang-undang yang SA percaya mungkin berguna kepada anda atau SA; untuk memantau siapa yang mengakses Laman Web SA dan untuk mengumpul profil pelawat yang mengakses Laman Web SA.
Laman Web kami tidak menyasarkan dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (“Kanak-kanak“). Kami tidak meminta maklumat peribadi secara sengaja daripada Kanak-kanak atau menghantar permintaan untuk Data Peribadi mereka. Sila ambil perhatian bahawa Kanak-kanak hendaklah diiringi oleh ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan semasa melawati atau melayari Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA. Jika ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada Kanak-kanak untuk melawati atau melayari Laman Web SA dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di dalamnya, ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (a) kelakuan dalam talian Kanak-kanak, (b) pengendalian akses dan penggunaan Kanak-kanak dalam Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, dan (c) akibat daripada sebarang penyalahgunaan oleh Kanak-kanak termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dibuat oleh Kanak-kanak dari akses dan penggunaan tersebut.
Tujuan Pemprosesan
SA mungkin menggunakan dan Memproses Data Peribadi untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk tujuan aktiviti-aktiviti perniagaan am SA termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
dan anda bersetuju dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.
Tujuan Lain
SA juga mungkin akan Proses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:-
melalui e-mel atau mel fizikal yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pos berdaftar dan poskad.
Sila yakin bahawa SA akan meminta kebenaran anda sebelum Data Peribadi anda Diproses untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis ini, undang-undang, dan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian yang anda ada dengan SA, jika ada.
Jika anda tidak bersetuju dan untuk memberi kuasa kepada SA untuk Proses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas, sila memaklumkan kepada SA dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.
Pemindahan Data Peribadi Anda
Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan ‘server’ SA, mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan Diproseskan dalam bidang kuasa selain Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Anda memahami, bersetuju dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
SA mungkin akan melibatkan syarikat-syarikat yang lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan tugas bagi pihak SA, dan setakat yang diperlukan untuk tujuan yang diberikan di atas, SA mungkin akan diperlukan atau dikehendaki untuk memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):-
Notis ini hanya terpakai untuk Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Ia tidak meliputi (a) Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan berlainan yang tidak dinyatakan dalam Notis ini, (b) dasar privasi dan kelakuan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak ketiga berkaitan dengan SA, dan (c) laman web pihak ketiga yang SA menyediakan pautan, walaupun laman web tersebut dijenamakan bersama dengan logo SA.
SA tidak akan berkongsi atau menjual Data Peribadi anda dengan laman web pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. SA tidak akan bertanggungjawab atau tidak akan dipertanggungjawabkan untuk amalan privasi dan kelakuan laman web pihak ketiga atau laman web lain yang anda mungkin telah diarahkan oleh Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA yang anda telah memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web pihak ketiga tersebut.
SA tidak akan berkongsi atau menjual Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. SA tidak akan bertanggungjawab atau tidak akan dipertanggungjawabkan untuk kelakuan mana-mana pihak ketiga yang anda mungkin telah diarahkan dan/atau memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut.
Perlindungan Data Peribadi Anda
SA menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan and teknikal yang berpatutan dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke Data Peribadi anda kepada sesiapa di luar SA, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, SA tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke SA dan anda menghantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, SA tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, diubah, dikumpul, disalin, dimusnahkan, dilupuskan, dizahirkan atau diubahsuai oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di SA.
Penyimpanan Data Peribadi Anda
SA hanya menyimpan Data Peribadi selagi ia diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan sentiasa tertakluk kepada undang-undang berkenaan termasuk PDPA, terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian anda dengan SA (jika ada) bagi tempoh hubungan anda dengan SA, dan untuk tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan SA.
Permintaan dan Pertanyaan Akses & Pembetulan
Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk (a) akses kepada Data Peribadi anda, (b) pembetulan Data Peribadi anda, (c) menghadkan Pemprosesan Data Peribadi anda, (d) menarik balik persetujuan anda untuk Memproses Data peribadi anda, dan (e) mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi yang berikut: –
Jessie Tan Shin Ee
Alamat: Suite B-11-6, Level 11,
Wisma Pantai, Plaza Pantai,
No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor Telefon: +603-2201 5584
Nombor Faks: +603-2201 9686
Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, SA berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan, seperti apabila perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda, dan/atau apabila SA tidak dapat mengesahkan identiti anda atau ketepatan pembetulan atas Data Peribadi yang diberikan oleh anda dan/atau apabila anda telah memberikan persetujuan, hak, hak milik dan permilikan faedah anda secara muktamad untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
Kewajipan Anda Berkenaan dengan Data Peribadi Anda
Anda mewakili dan menjamin bahawa semua Data Peribadi yang diberi kepada SA adalah benar, lengkap dan tepat. Sekiranya anda memberi Data Peribadi pihak ketiga (seperti wakil atau perhubungan, hubungan kecemasan, atau selainnya) kepada SA, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua kebenaran dan persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga itu telah diperolehi, (b) anda akan terus mengekalkan persetujuan dan kebenaran tersebut, dan (c) anda telah menunjuk Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.
Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada SA setakat yang diperlukan untuk membolehkan SA kekal mematuhi undang-undang berkenaan termasuklah PDPA. SA akan menggunakan usaha yang munasabah tetapi tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kemas kini daripada anda pada secara berkala yang tetap.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju bahawa SA tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti yang anda dan/atau pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) telah ditanggungi atau dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, representasi, waranti, dan/atau obligasi yang dinyatakan dalam Notis ini oleh anda dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut.
Anda selanjutnya bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan SA terhadap sebarang tindakan, tuntutan dan/atau permintaan yang dibawa terhadap SA oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) dan sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang SA mungkin dikenakan atau ditanggung, hasilnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, perwakilan, waranti, dan/atau obligasi yang diperincikan dalam Notis ini sendiri dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut, terutamanya di mana SA telah diberikan Data Peribadi yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat, kegagalan anda untuk memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi, dan/atau persetujuan dan kebenaran yang diperlukan tidak diperolehi atau dikekalkan daripada pihak ketiga yang berkaitan.
Walau apa pun yang terkandung di sini, liabiliti SA (jika ada) hendaklah dihadkan kepada setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Dalam apa keadaan pun SA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi yang berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, atau kehilangan keuntungan, kehilangan keuntungan yang dijangkakan, data, perniagaan atau nama baik, tidak kira sama ada sebarang liabiliti (jika ada) adalah berdasarkan kepada pelanggaran kontrak, tort, liabiliti ketat, atau selainnya, dan walaupun SA telah diberitahu atau dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.
Kewajipan Anda Semasa Melawati atau Memasuki Premis SA
Semasa lawatan atau kehadiran anda ke premis SA, anda mungkin mengenal atau menerima sebarang tetapi tidak terhad kepada Data Peribadi, maklumat, dokumen, bahan, fail, cetakan, rahsia perdagangan dan proses-proses dalaman SA, sama ada atau tidak ia telah jelas dinyatakan atau tersirat dikenal pasti atau dianggap sebagai sulit (secara kolektif dirujuk sebagai “Maklumat Sulit”).
Dengan melawati atau memasuki ke premis SA, anda bersetuju untuk:
Bagi mengelakkan sebarang keraguan:
Dengan melawati atau memasuki ke premis SA, dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan atau kemudahan yang terdapat di premis SA ini, dan/atau dengan menyertai sebagai vendor atau kontraktor bebas atau pembekal perkhidmatan kepada SA, anda bersetuju untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan yang munasabah dan mematuhi sebarang syarat-syarat keselamatan yang berkenaan yang telah dibawa kepada perhatian anda oleh SA atau dengan papan tanda di premis SA.
Anda selanjutnya bersetuju untuk melepaskan SA terhadap sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) setakat yang disebabkan oleh atau akibat daripada kecuaian atau salah laku sengaja anda.
Undang-Undang Mentadbir dan Bidang Kuasa
Notis ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.